Kesesuaian medium tanaman berasaskan POME dan sekam padi bakar

Category: Bil. 34

Suwardi Afandi Ahmad, Yaseer Suhaimi Mohamad, Noraimi Nordin dan Nur Ilidiana Mohd Zubir

Ringkasan
Medium tanaman merupakan bahan yang sering digunakan untuk menanam sesuatu tanaman. Medium tanaman boleh dikelaskan kepada dua iaitu berasaskan tanah dan berasaskan bahan organik. Empat fungsi utama medium tanaman adalah memberikan sokongan, pengudaraan (oksigen) serta membekalkan air dan nutrien kepada tanaman. Ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu medium tanaman yang baik adalah bersifat poros, mempunyai daya pegangan air yang baik, berupaya menyimpan nutrien dan tidak terlalu berasid atau beralkali (pH 5.5 – 6.5). Kajian ini menggunakan medium tanaman berasaskan sekam padi bakar dan POME yang dicampur dengan menggunakan nisbah 1:9, 3:7 dan 5:5. Halia adalah tanaman yang digunakan bagi menilai kesesuaian medium tersebut. Prestasi tumbesaran pokok halia yang ditanam di dalam ketiga-tiga campuran medium dilihat hampir seragam manakala berat purata halia muda dan halia tua yang paling tinggi pula direkodkan pada medium yang mengandungi 10% sekam padi bakar dan 90% POME sekali gus menunjukkan campuran tersebut adalah paling sesuai.

Teks penuh (211KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.