Penggunaan imej daripada pesawat tanpa pemandu untuk pemantauan tumbesaran tanaman nanas

Category: Bil. 34

Siti Noor Aliah Baharom, Jusnaini Muslimin, Nur Khalidah Zakaria, Mohd Nizam Zubir, Badril Hisham Abu Bakar, Mohd Nadzim Nordin, Ramlan Ismail, Mohd Hariz Musa, Ahmad Kamil Zolkafli dan Mohd Khairil Izani Ishak

Ringkasan
Pemantauan tumbesaran tanaman nanas adalah penting untuk menjamin hasil pengeluaran yang berkualiti tinggi. Teknologi pengimejan dari udara menggunakan pesawat tanpa pemandu berupaya menggantikan kaedah manual dalam memantau tumbesaran tanaman nanas. Ciri-ciri kematangan pokok nanas seperti ketinggian pokok dan panjang daun-D boleh dianggarkan berdasarkan imej multispektral yang diambil dari udara menggunakan dron. Maklumat yang diperoleh ini adalah diperlukan bagi membantu peladang nanas membuat keputusan dalam pengurusan ladang seperti waktu aruhan hormon, ramalan waktu penuaian dan jangkaan hasil. Oleh itu, kaedah ini adalah berpotensi meningkatkan hasil pengeluaran nanas negara.

Teks penuh (1.41MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.