Potensi padi varieti spesialti MARDI dalam pembangunan beras rebus tempatan

Category: Bil. 36

Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Jeeven Karruppan, Hanisa Hosni, Suzalyna Mos dan Zuwariah Ishak

Ringkasan
Kajian berkaitan potensi penggunaan varieti padi spesialti bagi penghasilan beras rebus tempatan oleh MARDI adalah salah satu inisiatif dalam mempelbagaikan nilai tambah kepada makanan ruji kepada rakyat Malaysia. Beras rebus telah menjadi diet kesihatan yang dilihat bersesuai dengan perubahan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang kini lebih menekankan pemakanan berasaskan kesihatan pada masa kini. Hasil kajian telah mengenal pasti parameter yang sesuai untuk penghasilan beras rebus adalah suhu pada julat 65 – 75 ºC dengan tempoh rendaman pada 2 – 5 jam dan tempoh pengukusan antara 10 – 15 minit. Perbandingan antara varieti padi spesialti yang terlibat untuk menghasilkan beras rebus, didapati tiga varieti yang menunjukkan potensi yang tinggi ialah MRQ98, MRQ74 dan MRQ104. Ini dibuktikan melalui keputusan peratusan perolehan beras rebus ialah 66 – 78% dengan perolehan peratus beras kepala untuk ketiga-tiga varieti adalah dalam julat 71 – 95% dan peratus beras hancur yang rendah pada julat kepada 4 – 28%. Bagi penilaian sifat kimia dan penilaian kapasiti antioksidan, setiap beras rebus yang dihasilkan menunjukkan profil dan nilai yang berbeza. Varieti beras rebus MRQ74 dan MRQ104 menunjukkan peningkatan pada nilai TPC, FRAP dan peratus perencatan radikal DPPH.

Teks penuh (1.02MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.