Penilaian prestasi keberkesanan sistem teknologi pemprosesan lepas tuai benih padi

Category: Bil. 36

Asnawi Shahar, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Saiful Azwan Azizan, Masniza Sairi, Teoh Chin Chuang, Azzami Adam Muhamad Mujab, Faewati Abdul Karim, Ahmad Fadhlul Wafiq Ab Rahman, Muhammad Aliq Jamaluddin, Mohammad Shukri Johari dan Muhammad Syakir A Ghani

Ringkasan
Populasi penduduk Malaysia kini semakin meningkat dan menyumbang kepada keperluan bekalan makanan dalam negara terutama padi yang merupakan makanan ruji kepada majoriti penduduk. Kecukupan bekalan padi ini boleh dijamin dengan meningkatkan kecekapan pemprosesan lepas tuai benih padi yang merupakan sumber asas kepada permulaan penanaman dan pengeluaran hasil padi negara. Pemprosesan lepas tuai benih padi merupakan satu rantaian proses yang merangkumi beberapa sistem teknologi bagi menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi. Ketidakcekapan sistem teknologi ini boleh mengurangkan kualiti benih padi yang dihasilkan seterusnya memberi kesan kepada jumlah pengeluaran padi dalam negara. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat verifikasi penilaian prestasi keberkesanan sistem teknologi pemprosesan lepas tuai benih padi sedia ada. Berdasarkan keputusan kajian mendapati sistem teknologi sedia ada mampu untuk mengurangkan bahan asing secara signifikan daripada 12.16% kepada 1.27%. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan bahawa sistem sedia ada mampu menurunkan peratus kandungan padi muda, padi angin dan padi kapur masing-masing daripada 1.31%, 0.02% dan 6.52% kepada 0.98%, 0.00% dan 5.81%. Ini menunjukkan sistem teknologi sedia ada mampu mengasingkan sebahagian jumlah padi muda, padi angin dan padi kapur daripada benih padi kultivar. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa sistem teknologi sedia ada mampu untuk menghasilkan benih padi yang berkualiti tinggi mengikut piawaian kawalan kualiti benih padi MS469:1993.

Teks penuh (1.22MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.