Penerimaan pengguna dan potensi pasaran produk berasaskan tembikai MARDI

Category: Bil. 36

Siti Nurathirah Abu Hassan

Ringkasan
Kajian ini dilaksanakan bagi menilai penerimaan pengguna terhadap produk berasaskan tembikai yang dibangunkan oleh MARDI iaitu jus tembikai jernih bercirikan antioksidan, gegulung tembikai mengandungi sitrulina, minuman tembikai berkultur mengandungi sebatian bioaktif dan kordial tembikai mengandungi likopena. Lokasi kajian ini adalah sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan menggunakan borang soal selidik berstruktur yang melibatkan seramai 600 orang responden bagi keempat-empat produk. Hasil kajian menunjukkan secara keseluruhan responden menerima produk baharu berasaskan tembikai berdasarkan atribut produk jus tembikai jernih bercirikan antioksidan, gegulung tembikai mengandungi sitrulina, minuman tembikai berkultur mengandungi sebatian bioaktif dan kordial tembikai mengandungi likopena yang dibangunkan oleh MARDI manakala produk minuman tembikai berkultur perlu ditambah baik dari segi aroma, kemanisan, kemasaman dan rasa. Produk ini berpotensi untuk dipasarkan dengan mengambil kira ketersediaan responden pengguna untuk membeli. Hasil dapatan menunjukkan 49% daripada 150 responden menyatakan bersedia untuk membeli produk jus tembikai jernih, 58% responden bersedia untuk membeli produk gegulung tembikai dan 60% responden bersedia untuk membeli produk kordial tembikai jika berada dipasaran.

Teks penuh (701KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.