Penggerak utama tanpa pemandu bagi meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran tanaman

Category: Bil. 36

Badril Abu Bakar, Mohd. Aufa Mhd Bookeri, Nur Khalidah Zakaria, Mohd Hariz Musa, Mohd. Zamri Khairi Abdullah, Ramlan Ismail dan Muhammad Shukri Hassan

Ringkasan
Dalam sistem konvensional, operator perlu memandu dan mengawal penggerak utama di samping mengendalikan implemen yang disangkut pada penggerak utama tersebut (seperti pembajak, penabur input dan lain-lain). Ini memberi kesan kepada kecekapan operator jentera dalam menjalankan operasi ladang seperti penyediaan tanah (memangkas tunggul jerami, membajak, membadai), penjagaan tanaman (menabur input tanaman iaitu benih dan baja), penyemburan racun dan menuai kerana operator perlu membahagi tumpuan kepada dua tugasan iaitu memandu dan juga operasi implemen yang digunakan. Sistem yang dibangunkan mampu memudahkan tugasan operator kerana ia membolehkan mereka hanya untuk fokus kepada
operasi implemen sahaja tanpa perlu mengendalikan penggerak utama kerana sistem pemanduan dikawal secara automatik. Selain itu, operator juga boleh memilih untuk tidak berada di atas penggerak utama dan mengawalnya daripada jauh.

Teks penuh (1.87MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.