Karakteristik karkas baka lembu pedaging teknologi MARDI I – perbandingan fizikal

Category: Bil. 36

Dzulfazly Aminudin, Mohd Rosly Shaari, Predith Michael, Marini Ahmad Marzuki, Nasyatul Ekma Mohd Hussin, Darus A Rahim dan Siti Masidayu Mat Saad

Ringkasan
Baka yang berkualiti tinggi merupakan antara isu yang dihadapi oleh industri ternakan negara. Baka yang diternak di negara ini, selain dapat menyesuaikan diri dengan makanan tempatan (termasuk rumput, pastura dan bahan-bahan sampingan pertanian) juga harus mampu menahan tekanan persekitaran tropika negara. Baka lembu Brakmas telah diumumkan pada 1999 adalah baka hibrid yang dihasilkan MARDI sebagai alternatif kepada baka Kedah-Kelantan (KK) dan kacukannya Kedah-Kelantan (KK) Elit yang telah diumumkan pada tahun 2018, adalah baka KK asal yang ditambah baik dari segi fizikal dan peratusan (%) daging dalam karkas sebagai alternatif kepada penternak lembu KK dan kacukannya yang sedia ada. Tujuan menghasilkan baka ini juga berbeza-beza di mana Brakmas dihasilkan khusus untuk dipelihara bawah sistem integrasi dengan tanaman utama (ladang kelapa sawit) manakala KK Elit untuk diternak secara fidlot oleh pekebun kecil. Analisis karkas telah dilakukan terhadap lembu brakmas dan KK Elit yang berumur dua tahun semasa penyembelihan. Analisis karkas mendapati lembu KK Elit mempamerkan karakteristik karkas yang lebih baik berbanding dengan lembu Brakmas. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua baka dalam peratusan daging dan tulang dalam karkas, peratus tersedia (dressing percentage) dan nisbah daging:tulang. Nilai karakteristik karkas bagi lembu KK Elit yang dipelihara di padang ragut yang rendah berbanding dengan di fidlot menunjukkan baka KK Elit sesuai untuk pemberian makanan secara intensif, berbanding dengan lembu Brakmas yang lebih sesuai untuk pemberian makanan secara ekstensif atau semi-intensif. Walaupun prestasi yang dicatatkan lebih baik daripada baka Brakmas, kos input yang tinggi bagi baka KK Elit menyebabkan penternak di Malaysia memilih Brakmas untuk diternak secara ekstensif.

Teks penuh (1.37MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.