Ciri bunga, sifat pembungaan dan pendebungaan titisan induk mandul jantan sitoplasma dan induk penyenggara padi hibrid tempatan

Category: Bil. 36

Shahida Hashim, Phebe Ding, Asfaliza Ramli, Elixon Sunian, Mohd Solihen Jamal dan Mohamad Najib Mohd Yusof

Ringkasan
Padi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia di mana populasi dewasa di negara ini mengambil nasi dalam purata 76.5 kg bagi setahun. Adalah dijangkakan menjelang tahun 2050, permintaan rakyat Malaysia terhadap beras akan meningkat sehingga 824.5% disebabkan pertambahan populasi penduduk dan dijangkakan mencapai 43 juta. Bagi memenuhi kehendak ini, pengeluaran pada masa kini iaitu 2.43 juta tan metrik perlu ditingkatkan kepada 2.91 juta tan metrik menjelang 2050. Justeru, untuk melestarikan pengeluaran, pertambahan pengeluaran sebanyak 1.3% diperlukan pada setiap tahun. Padi hibrid merupakan pilihan yang ada dan dijangka mampu meningkatkan pengeluaran padi. Penggunaan teknologi padi hibrid telah memberi impak positif kepada pengeluaran padi di China dan negara kita juga berusaha untuk kearah teknologi ini sejak 10 tahun yang lalu. Adalah terbukti bahawa padi hibrid dapat memberi 15 – 20% peningkatan hasil berbanding dengan padi inbred. Namun begitu, sistem pengeluaran padi hibrid adalah berbeza daripada sistem pengeluaran padi inbred dan sistem tiga titisan telah digunakan dalam siri kajian di MARDI. Ketidakseragaman berbunga antara induk merupakan masalah utama yang berlaku dalam pengeluaran benih padi hibrid. Ini kerana hasil yang diperolehi bergantung kepada debunga yang dilepaskan oleh induk jantan semasa pembungaan dan juga kadar kacuk-silang antara induk. Justeru, adalah mustahak untuk mengetahui masa permulaan berbunga bagi setiap induk. Sekiranya terdapat perbezaan, maka masalah ketidakseragaman berbunga ini dapat diatasi dengan menyelaraskan masa menabur benih semasa di peringkat nurseri.

Teks penuh (982KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.