Karakteristik karkas baka lembu pedaging teknologi MARDI II – perbandingan karakteristik karkas dan kualiti daging

Category: Bil. 36

Dzulfazly Aminudin, Mohd Rosly Shaari, Predith Micheal, Marini Ahmad Marzuki, Nasyatul Ekma Mohd Hussin, Darus Abdul Rahim, Salma Mohamad Yusop, Nurul Nuraliya Shahrai dan Siti Masidayu Mat Saad

Ringkasan
Dalam membantu mengatasi isu baka yang berkualiti tinggi, MARDI telah memperkenalkan beberapa baka seperti Brakmas dan Kedah-Kelantan (KK) Elit sebagai baka KK yang ditambah baik daripada baka KK tempatan, khusus untuk dipelihara bawah sistem pemeliharaan berbeza. Baka-baka yang diperkenalkan ini mempunyai kelebihan dari segi berat dan peratusan daging dalam karkas berbanding dengan lembu KK biasa. Bagi membantu penternak memilih baka yang sesuai diternak untuk penghasilan daging berkualiti, karakteristik karkas dan kualiti daging daripada kedua-dua baka ini adalah perlu. Satu analisis karkas dan kualiti daging telah dijalankan terhadap lembu Brakmas dan KK Elit yang berumur dua tahun semasa disembelih. Sampel daging loin (longissimus dorsi) diambil untuk analisis kualiti daging di makmal. Analisis karkas mendapati lembu KK Elit mempamerkan karakteristik karkas yang lebih baik berbanding dengan lembu Brakmas. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang ketara antara kedua-dua baka dalam peratusan daging dan tulang dalam karkas, peratus tersedia (dressing percentage) dan nisbah daging:tulang. Analisis kualiti dan sensori daging lembu yang dijalankan di makmal menunjukkan daging lembu KK Elit menunjukkan prestasi yang sekata bagi aspek kualiti daging dan lebih baik berbanding dengan Brakmas bagi aspek sensori daging. Daripada data karkas dan kualiti daging yang diperoleh, kedua-dua baka sesuai untuk dipelihara bawah sistem berkos tinggi seperti sistem fidlot dan breedlot, namun berdasarkan keputusan yang diperoleh, KK Elit tidak disyorkan untuk dipelihara secara ekstensif. KK Elit disyorkan untuk dipelihara sebagai baka yang menghasilkan daging berkualiti dan ini memerlukan kajian selanjutnya melalui perbandingan dengan daging daripada baka-baka Bos taurus yang lazim diimport ke negara kita. Selanjutnya, dengan penggunaan kaedah baru perawatan daging seperti dry-aged meat, daging berkuliti tinggi dapat dinikmati ramai dengan harga lebih rendah

Teks penuh (1.20MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.