Penganggaran berat badan kambing Katjang-Boer jantan berdasarkan ukuran badan
Mohd Hafiz Abd. Wahab, Mohamad Hifzan Rosali, Izuan Bahtiar Ab. Jalal dan Nurulhuda Md Ozman
Ringkasan
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara ukuran badan dan berat badan serta menganggar berat kambing kacukan Katjang- Boer jantan berdasarkan ukuran badan. Oleh itu, satu kajian telah dijalankan untuk menganggar berat badan kambing kacukan Katjang- Boer menggunakan persamaan matematik menggunakan ukuran badan. Data berat badan dan ukuran badan seperti tinggi bahu, panjang badan dan lilit dada daripada 54 ekor kambing kacukan Katjang-Boer jantan daripada lahir hingga 60 bulan telah dikumpul. Analisis korelasi dan regresi (tunggal dan berbilang) telah dijalankan dengan menggunakan SAS (9.3). Hasil kajian menunjukkan lilit dada berkorelasi tinggi dengan berat badan (r = 0.919) manakala tinggi bahu mempunyai perkaitan yang paling lemah dengan berat badan (r = 0.831). Analisis regresi tunggal dan berganda telah dijalankan untuk menjana persamaan matematik untuk menganggar berat badan dengan menggunakan ukuran badan dan lilitan dada menunjukkan ukuran badan terbaik sebagai pemboleh ubah bebas tunggal untuk meramalkan berat kambing kacukan Katjang-Boer jantan, manakala kombinasi panjang badan dan lilitan dada menunjukkan nilai R2 tertinggi dalam analisis regresi berbilang. Kesimpulannya, penggunaan ukuran badan boleh digunakan untuk menganggar berat badan ternakan bagi tujuan penyembelihan, pembiakan dan perancangan rejim pemakanan strategik bagi memaksimumkan produktiviti.