Pencirian genotip varieti rumput Napier

Category: Bil. 36

Muhammad Hazwan Mustaffer, Mohd Shahril Firdaus Ab Razak, Siti Junaidah Muhammad Sairi dan Muhammad Zahid Ahamad Radzuan

Ringkasan
Kemasukan pelbagai varieti rumput Napier ke Malaysia menjadikan kepelbagaian dan ketersediaan varieti-varieti ini sesuatu yang unik untuk dieksplorasi. Setiap varieti berkenaan diyakini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Oleh itu, pengkelasan dan pengecaman setiap varieti melalui kaedah analisis genotip memainkan peranan yang sangat penting sebelum sesuatu program penanaman dijalankan di peringkat ladang penternak. Proses pengecaman ini boleh dilakukan terhadap pelbagai varieti rumput Napier pada sebarang peringkat umur sama ada rumput Napier yang telah matang untuk dijadikan benih atau kepada rumput Napier yang baru ditanam seawal usia satu minggu. Kelebihan-kelebihan yang terdapat pada setiap varieti dan telah dikenal pasti seterusnya boleh dimanfaatkan sebaik mungkin tanpa meminggirkan jugak aspek kekurangan yang terdapat pada setiap varieti rumput Napier berkenaan.

Teks penuh (430KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.