Kesesuaian campuran medium tanaman berpasu berasaskan bahan organik yang berbeza
Intan Nadhirah Masri, Mohamad Jani Saad, Mohamad Nasrol Rabidi dan Amir Redzuan Shamsulkamal
Ringkasan
Medium tanaman ialah bahan atau substrat yang digunakan untuk menanam tumbuhan dalam keadaan terkawal dan optimum. Medium tanaman amat penting dalam bidang pertanian terutamanya dalam memastikan tumbesaran tanaman adalah dalam keadaan yang baik dan optimum. Medium yang baik akan memastikan penyediaan nutrien dan air yang mencukupi, udara yang mencukupi, saliran yang baik dan perlindungan terhadap patogen tumbuhan. Tumbuhan yang tumbuh dalam medium tanaman yang betul akan memberikan hasil yang lebih baik dari segi kuantiti, kualiti dan ketahanan terhadap tekanan persekitaran. Faktorfaktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan medium tanaman adalah jenis tumbuhan yang akan ditanam, keperluan nutrisi dan kelembapan tumbuhan, tekstur dan keliangan medium, pH, harga dan sumber bahan serta kelestarian alam sekitar. Pemilihan medium tanaman yang betul akan menyediakan keadaan pertumbuhan yang optimum dan mengurangkan risiko masalah seperti kekurangan nutrisi, kelembapan berlebihan, penyakit dan perosak.