SCIPe MARDI: Pakej lengkap untuk industri cendawan tempatan

Category: Bil. 36

Khairul Asfamawi Khulidin, Ganisan Krishnen, Mohd Zaffrie Mohd Amin, Ten Seng Teik, Haryati Mansor, Musaalbakri Abdul Manan, Ahmad Fuad Badrun, Syaliyana Khairudin dan Abu Bakar Othman

Ringkasan
Pengusaha cendawan menghadapi pelbagai cabaran, khususnya dalam penghasilan benih cendawan, penyediaan beg substrat dan penanaman cendawan. Kini pengusaha cendawan mempunyai kelebihan terhadap teknologi MARDI dalam peningkatan hasil serta produk nilai tambah berasaskan cendawan. MARDI telah membangunkan teknologi penanaman cendawan tiram kelabu, cendawan tiram putih, cendawan kukur dan cendawan jerami padi. Pelbagai sisa pertanian telah dikaji untuk dijadikan substrat penanaman cendawan. Kekurangan benih menjadi masalah utama industri cendawan dan MARDI telah membangunkan kaedah pengeluaran benih berasaskan bijirin, pelet kayu atau cecair. Penggunaan rak, dulang atau batang kayu membantu dalam meningkatkan produktiviti cendawan. Kawalan teknologi melalui Internet of Things (IoT) bersepadu pada Rumah Cendawan Persekitaran Terkawal MARDI dapat meningkatkan pengeluaran, produktiviti dan kualiti cendawan. Pelbagai nilai tambah dapat dihasilkan melalui penghasilan produk hiliran, termasuk sos, keropok dan burger cendawan. Penggunaan sisa substrat untuk penghasilan vermikompos dapat menangani masalah pencemaran. Nilai eksport cendawan pada tahun 2020 mencecah RM300 juta dan dijangka berkembang sekitar 16% setahun. Justeru, penggunaan teknik dan teknologi yang sesuai penting dalam memastikan setiap prosedur penanaman dan penghasilan benih cendawan mencapai standard. Program Agropreneur Muda (AGORA) dan Hands-on Training (HOT) menyediakan latihan intensif kepada lebih 300 pengusaha cendawan sekitar tahun 2019 sehingga 2021. Hasil penyelidikan MARDI berasaskan cendawan seperti penghasilan benih cecair dan bijirin, pengeluaran cendawan kukur serta alat penyuntik benih cendawan cecair (ALVI) dapat memenuhi keperluan pengusaha cendawan kini. Secara tidak langsung, hasilan teknologi MARDI telah digunakan untuk mencipta dan membangunkan usahawan cendawan mahir.

Teks penuh (2.31MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.