Kajian keupayaan reproduktif: Kadar ovulasi pada baka kambing Boer dan Katjang

Category: Bil. 36

Abdul Mu’in Hassan Basri, Julie Marzlinda Mohd Razaki dan Muhammad Hafizul Rahman Mohd Azizi

Ringkasan
Objektif kajian ini dijalankan adalah bagi menentukan keupayaan reproduktif kambing Boer dan Katjang melalui pertumbuhan folikel praovulasi dan kadar ovulasi. Kadar ovulasi mampu menentukan kualiti baka dalam menghasilkan bilangan anak yang tertentu sama ada melalui pembiakan secara semula jadi atau permanian beradas. Antara parameter yang dikaji adalah bilangan kambing yang terovulasi, diameter folikel praovulasi, kadar ovulasi keseluruhan, kadar ovulasi mengikut ovari serta tempoh masa ovulasi bagi setiap baka. Hasil dapatan kajian mendapati tiada perbezaan ketara kadar ovulasi keseluruhan untuk kambing Boer dan Katjang (1.50 ± 0.27 vs 1.56 ± 0.24), diameter folikel praovulasi (0.98 ± 0.04 vs 1.01 ± 0.03) atau masa ovulasi (86.00 ± 2.00 vs 81.43 ± 5.21). Namun, terdapat perbezaan yang signifikan pada jumlah ovulasi antara ovari kiri dan kanan untuk baka kambing Katjang. Kajian ini penting bagi memberi maklumat berkaitan keupayaan reproduktif terutama pertumbuhan folikel dan kadar ovulasi pada kambing Boer dan Katjang yang dapat menentukan kualiti baka dari aspek reproduksi.

Teks penuh (852KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.