Kandungan polifenol dan aktiviti antioksidan filem boleh dimakan daripada bunga telang

Category: Bil. 36

Norra Ismail, Norhartini Abdul Samad, Nadia Abdul Halim dan Nurul Hanis Muhamad Salleh

Ringkasan
Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji kapasiti antioksidan dalam edible film bunga telang yang dibangunkan bagi pembungkusan nasi kerabu sedia dimasak. Edible film bunga telang (EFBT) didapati mempunyai nilai TPC (jumlah kandungan fenolik) yang lebih tinggi berbanding dengan bunga telang segar. Manakala bagi aktiviti antioksidan pula, nilai FRAP (kuasa antioksidan penurunan ion ferik) didapati telah merosot dan keupayaan untuk merencat radikal DPPH (2, 2-diphenyl-1-picrylhydrazyl) juga telah hilang sepenuhnya. Penggunaan EFBT sebagai pembungkus pek nasi kerabu sedia dimasak (ready to cook) juga telah menyumbang kepada nilai TPC pada nasi kerabu tersebut. Hasil penemuan ini menunjukkan edible film daripada bunga telang mempunyai kandungan polifenol yang lebih tinggi berbanding dengan bunga telang segar dan ini merupakan nilai tambah yang bagus untuk dijadikan sebagai pengganti kepada pewarna tiruan. Penyimpanan edible film menggunakan beg aluminium didapati lebih sesuai kerana kandungan polifenol dan aktiviti antioksidan adalah lebih tinggi berbanding dengan edible film yang disimpan di dalam beg nilon.

Teks penuh (301KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.