Penilaian rangsum makanan lengkap (TMR) berasaskan sumber makanan tempatan ke atas biri- biri Dorper di peringkat laktasi

Category: Bil. 36

Nurulhuda Md. Ozman

Ringkasan
Salah satu faktor yang membantutkan pengembangan industri ternakan
tempatan adalah kos makanan ternakan yang tinggi. Kebanyakan bahan
mentah makanan ternakan ini diimport dari luar negara yang mana
harganya dipengaruhi oleh harga komoditi di seluruh dunia. Disebabkan
itu, penggunaan bahan-bahan alternatif tempatan amat penting bagi
menggantikan penggunaan bahan-bahan import. Sumber makanan
tempatan seperti hampas isirung kelapa sawit (PKC), mil kelapa, dedak
padi dan distilat asid-lemak palma (PFAD) telah digunakan secara meluas
sebagai alternatif dalam pembekalan sumber tenaga dan protein untuk
makanan ternakan. Prestasi tumbesaran anak biri-biri prasapih adalah
dipengaruhi oleh pengeluaran susu yang dihasilkan oleh ibunya. Ini kerana
pada enam minggu pertama selepas kelahiran, anak biri-biri prasapih ini
hanya mendapat bekalan nutrien sepenuhnya daripada susu ibunya sahaja.
Oleh itu, diet yang seimbang dan mencukupi amat penting bagi induk
betina yang sedang berlaktasi. Penggunaan sumber makanan tempatan menggantikan bahan-bahan yang diimport dalam TMR adalah salah satu
langkah yang boleh diambil bagi memastikan ternakan mendapat diet yang
seimbang dengan kos yang lebih rendah.

Teks penuh (1.43MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.