Perbandingan komposisi nutrien hampas isirung kelapa sawit (PKC) dan hampas isirung kelapa sawit tertapai (FPKC)

Category: Bil. 36

Nor Syahirah Adnan dan Farah Nurshahida Mohd Subakir

Ringkasan
Kebanyakan sisa pertanian di Malaysia mengandungi polisakarida tak berkanji yang terdiri daripada komponen xylan dan mannan yang bertindak sebagai antinutrien yang akan mengurangkan pengambilan nutrien dalam sesuatu bahan makanan. Komponen tersebut didapati daripada sisa kelapa sawit yang mana perusahaan tanaman sawit merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada sisa pertanian di Malaysia. Sisa sawit ini akan menghasilkan longgokan hampas isirung sawit selepas proses pemerahan minyak sawit dilakukan. Hampas isirung sawit boleh digunakan oleh haiwan ternakan seperti ruminan manakala ternakan unggas adalah tidak bersesuaian kerana mengandungi serat kasar yang tinggi dan tekstur yang kasar. Komponen xylan dan mannan boleh dipecahkan dengan menggunakan kaedah penapaian pepejal. Kaedah ini dikenali sebagai pertumbuhan mikroorganisma dalam keadaan pepejal yang mengandungi nisbah lembapan 1:0.1 sehingga 1:1. Penggunaan bakteria adalah lebih disarankan berbanding dengan fungi kerana produk keluarannya akan menghasilkan mycotoxin yang boleh menyebabkan pertumbuhan haiwan terbantut. Selain itu, penggunaan bakteria selulosa ini adalah disarankan kerana kebolehannya untuk menghasilkan aktiviti enzim yang tinggi iaitu pada enzim xylanase dan mannanase. Oleh itu, kajian ini telah menunjukkan bahawa komposisi serat kasar, NDF dan ADF dapat diturunkan agar ternakan unggas dapat menggunakannya.

Teks penuh (488KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.