Kaedah pembiakan anak benih kunyit hitam sebagai bahan tanaman

Category: Bil. 37

Izlamira Roslan, Mazlina Ramly, Noor Camellia Noor Alam dan Samsiah Jusoh

Ringkasan
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan bagi pembiakan kunyit hitam untuk dijadikan sebagai bahan tanaman. Pembiakan menggunakan rizom adalah kaedah konvensional yang paling biasa digunakan. Kaedah ini dapat menghasilkan bahan tanaman yang banyak jika dilakukan dengan kaedah yang betul dan penjagaan yang baik. Penggunaan saiz rizom yang sesuai dapat mengelakkan daripada pembaziran benih rizom yang benilai tinggi. Kaedah pembiakan menggunakan biji benih dan belahan rumpun juga boleh digunakan, bagaimanapun ia tidak dapat menghasilkan bahan tanaman dengan cepat dalam jumlah yang banyak. Kaedah ini lebih sesuai digunakan bagi tujuan pemuliharaan induk atau spesies. Pembiakan secara tisu kultur merupakan antara pendekatan yang terbaik boleh digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman yang bermutu tinggi pada skala besar dalam masa yang lebih singkat.

Teks penuh(2.61MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.