Penanaman keledek secara fertigasi berasaskan tanah

Category: Bil. 37

Yaseer Suhaimi Mohd, Faizah Salvana Abd Rahman, Noor Ismawaty Nordin, Rawaida Rusli, Nur Khairani Abu Bakar, Razean Haireen Mohd Razali, Mohd Effendi Mohamed Nor, Siti Nurzahidah Zainal Abidin, Hanim Ahmad dan Mazidah Mat

Ringkasan
Teknologi fertigasi berasaskan tanah adalah sistem penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Peningkatan hasil dan pertumbuhan pada tanaman cili dan timun sebanyak 2 – 3 kali ganda telah menarik minat petani dan usahawan tani dalam mengaplikasikan teknologi moden ini terhadap tanaman keledek. Melalui penanaman secara fertigasi berasaskan tanah, pengusaha dapat meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman dengan kos pembajaan yang minimum. Prestasi kutipan hasil mampu mencapai 20 t/ha di tanah mineral dan 25 t/ha di tanah BRIS. Penanaman keledek menggunakan sistem fertigasi berasaskan tanah memberi hasil yang tinggi dan pertumbuhan pokok yang baik dengan penambahan kos yang minimum. Sistem fertigasi berasaskan tanah juga dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan baja sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani.

Teks penuh(1.21MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.