Penanaman kunyit hitam menggunakan sistem fertigasi
Yaseer Suhaimi Mohd, Mirfat Ahmad Hasan Salahuddin, Rosalizan Md Saleh, Izlamira Roslan, Siti Nurzahidah Zainal Abidin, Muhammad Faris Mohd Radzi, Zulkefli Abd Rahman dan Mazidah Mat
Ringkasan
Teknologi fertigasi adalah teknik penanaman yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman. Peningkatan hasil dan pertumbuhan pada tanaman halia, keledek dan cili sebanyak 2 – 3 kali ganda telah menarik minat petani dan usahawan tani dalam mengaplikasikan teknologi moden ini. Melalui penanaman secara fertigasi, usahawan tani dapat meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil rizom kunyit hitam. Prestasi kutipan hasil rizom kunyit hitam mampu mencapai 0.568 kg/pokok menggunakan teknologi fertigasi berbanding dengan kaedah konvensional sekitar 0.125 kg/pokok. Penanaman kunyit hitam menggunakan sistem fertigasi memberi hasil rizom yang tinggi dan pertumbuhan pokok yang baik dengan penambahan kos yang minimum. Sistem fertigasi juga dapat meningkatkan keberkesanan penggunaan baja sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan tani.