Teknologi pengeluaran bahan tanaman kopi secara keratan

Category: Bil. 37

Mohd Rani Awang, Faezah Salvana Abd Rahman, Ahmad Arif Ismail, Noor Camellia Noor Alam dan Muhammad Rahami Sulaiman @ Hassan

Ringkasan
Kejayaan pengeluaran hasil tanaman ladang adalah bergantung kepada
amalan agronomi baik yang merangkumi pelbagai aktiviti iaitu daripada
pemilihan bahan tanaman, pengairan, pembajaan, kawalan perosak, penyakit
dan rumpai serta pengendalian lepas tuai. Bagi tanaman kopi Liberica,
terdapat sembilan klon berhasil tinggi yang telah disyorkan oleh MARDI
untuk penanaman. Walau bagaimanapun, penghasilan bahan tanaman
melalui teknik cantuman untuk pengeluaran memerlukan masa yang lama
iaitu antara 16 – 18 bulan. Ini menyebabkan timbulnya isu kekurangan bahan
tanaman untuk memenuhi permintaan yang tinggi oleh penanam kopi.
Sehubungan itu, beberapa kajian telah dijalankan untuk mencari kaedah
pembiakan alternatif untuk mempercepatkan proses pengeluaran bahan
tanaman. Laporan terdahulu menyatakan bahawa kejayaan pembiakan secara
keratan bagi kopi jenis Liberica adalah rendah (40 – 50%). Melalui kajian
yang telah dijalankan, kejayaan pembiakan kopi Liberica secara keratan
dapat dipertingkatkan melebihi 80% melalui prosedur pembiakan yang telah
dihasilkan. Prosedur pembiakan kopi secara keratan yang dibangunkan adalah dengan menggunakan sumber keratan tunas air ortotropik bersifat
kayu lembut, diikuti dengan penyediaan pangkal keratan secara V cuttings
dan penanaman dilakukan secara tertutup selama 90 hari. Bahan tanaman
yang dihasilkan melalui keratan menunjukkan anak pokok yang berusia 9
bulan sesuai dipindahkan ke ladang. Pembiakan kopi Liberica secara keratan
dapat memendekkan tempoh pengeluaran anak pokok berbanding dengan
kaedah cantuman. Kaedah pengeluaran bahan tanaman kopi Liberica secara
keratan berpotensi untuk diguna pakai bagi pengeluaran bahan tanaman
secara massa untuk memenuhi permintaan pasaran.

Teks penuh(892KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.