Pengesanan kualiti biji benih jagung bijian

Category: Bil. 37

Faizah Salvana Abd Rahman, Amyita Witty Ugap, Mohamad Bahagia AB Ghaffar, Halimah Hashim dan Ahmad Firdaus Maznan

Ringkasan
Kualiti biji benih adalah faktor penting bagi menyumbang kepada produktiviti yang tinggi untuk industri makanan ternakan. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai komponen kualiti fizikal benih dan fisiologi untuk dua varieti jagung bijian hibrid iaitu P4546 dan GWG 888. Ujian percambahan, ujian kelembapan, ujian tetrazolium, ujian accelerated ageing dan ujian kesihatan benih dapat menentukan kualiti biji benih jagung bijian. Kemerosotan biji benih jagung bijian dilaksanakan melalui ujian accelerated ageing. Penurunan drastik dilihat terhadap percambahan, kecepatan dan kecergasan anak benih dalam varieti P4546 semasa tempoh ujian. Kekonduksian elektrik larut lesap benih (EC) untuk kedua-dua varieti juga meningkat semasa tempoh ujian. Melalui ujian kesihatan biji benih yang dilaksanakan, sampel biji benih P4546 didapati tidak dijangkiti kulat. Patogen kulat tertentu sahaja boleh dilihat menggunakan kaedah piring agar atau blotter. Penggunaan medium agar adalah disyorkan bagi mengesan kehadiran kulat dan penyakit pada jagung bijian berbanding dengan kaedah blotter. Biji benih varieti P4546 sesuai ditanam untuk tujuan pengkomersialan kerana tahap kebernasan dan kecergasan biji benih yang lebih baik jika dibandingkan dengan varieti GWG 888.

Teks penuh(1.91MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.