Kajian penentusahan setempat bagi menilai potensi varieti hibrid jagung bijian terpilih

Category: Bil. 37

Halimah Hashim, Mohamad Bahagia Abd Ghafar, Muhammad Najib Othman Ghani, Nur Khairani Abu Bakar, Rohazrin Abdul Rani, Adli Fikri Ahmad Sayuti, Sharifah Hafizah Mohd Ramli, Khusairy Khadzir, Muhammad Zamir Abdul Rasid, Muhammad Haniff Ahmad, Nurhazwani Mustaffer, Faizah Salvana Abd Rahman, Nora’ini Abdullah dan Muhammad Firdaus Mat Zin

Ringkasan
Varieti P4546 dipilih kerana mempunyai hasil yang tinggi dengan menghasilkan warna jagung menarik iaitu oren pekat, saiz buah yang lebih besar dengan berat purata setongkol jagung berkulit melebihi 400 g berat dan tanpa kulit melebihi 250 g. Panjang tongkol melebihi 18 cm, diameter menghampiri 5 cm dan bilangan butir per tongkol 550 biji butir dan berat bagi 1,000 biji ialah 350 g. Kematangan yang sesuai bagi penuaian adalah pada 110 – 115 hari selepas tanam serta mencapai kandungan kelembapan jagung bijian mencapai kurang daripada 30%. Manakala berat hasil purata bagi P4546 mencapai 6 – 8 t/ha di kawasan penanaman petani. Dengan ini P4546 berupaya memberikan pulangan lumayan pada petani dengan menghasilkan 60,000 – 65,000 tongkol jagung bijian per hektar. Pokok P4546 tumbuh pada purata ketinggian 180 – 200 cm dan berupaya menghasilkan produktiviti yang tinggi dengan susunan isi jagung yang teratur dan penuh hingga ke hujung tangkal buah. Dengan adanya amalan agronomi yang baik dan pengurusan ladang yang teratur varieti ini amat berpontesi untuk disyorkan.

Teks penuh(615KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.