Pengurusan penyakit virus tanaman keledek

Category: Bil. 37

Razean Haireen Mohd Razali, Norma Hussin, Norzainih Jasmin Jamin, Yaseer Suhaimi Mohd, Mohd Nazri Baharon, Rawaida Rusli, Siti Nur Aishikin Abdul Hamid, Faizah Salvana Abd Rahman, Mazidah Mat, Fatin Nurliyana, Maizatul Akmar Yahya, Che Ammar Abqari Che Omar, Nurul Ain Anuar, Muhammad Faidhi Towhid dan Zakry Al-Asyraf Abdul Latif

Ringkasan
Sweet potato feathery mottle virus (SPFMV) merupakan virus utama yang biasanya menjangkiti tanaman keledek melalui vektor serangga perosak iaitu afid dan boleh menjejaskan hasil tuaian ubi keledek. Kawalan afid dilakukan secara profilaksis menggunakan kaedah biologi di mana kucai (Allium tuberosum) ditanam sebagai tanaman beregu kepada keledek di ladang petani Semenyih dengan nisbah 1:2 (kucai:keledek). Kucai yang mempunyai sebatian aktif Dimethyl trisulphide juga dibangunkan menjadi ekstrak dan telah diuji sebagai semburan foliar bagi mengawal populasi afid di ladang percubaan di MARDI Serdang. Kedua-dua pendekatan yang digunakan ini dilihat sebagai berkesan untuk mengurangkan populasi afid yang sekali gus dapat mengurangkan penyakit SPFMV pada tanaman keledek.

Teks penuh(2.41MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.