Pengurusan perosak kumbang daun kelapa Brontispa longissima

Category: Bil. 37

Wan Khairul Anuar Wan Ali, Norma Husin, Nor Ahya Mahadi, Tajul Ariffin Aziz Yusof, Badrol Hisham Ibrahim dan Azman Jalal

Ringkasan
Kumbang daun kelapa, Brontispa longissima (Coleoptera: Chrysomelidae) dikenal pasti sebagai salah satu serangga perosak yang utama bagi tanaman kelapa. Kumbang perosak ini dipercayai berasal dari kepulauan Papua New Guinea serta Indonesia dan mula dikesan serta direkodkan menyerang tanaman kelapa di Malaysia pada tahun 2005. Peringkat larva dan dewasa kumbang biasanya memakan bahagian tisu lembut pada daun kelapa yang masih muda dan belum kembang sepenuhnya. Serangan ini menyebabkan daun kelapa menjadi kering dan bertukar warna coklat keperangan sehingga mampu menyebabkan pokok kelapa mati jika berterusan dan tidak dikawal. Penggunaan racun dalam mengawal kumbang perosak Brontispa longissima sering menjadi pilihan utama disebabkan mudah dilaksanakan dan mampu membunuh kumbang dengan cepat dan berkesan. Walau bagaimanapun, penggunaan racun perosak secara tidak terkawal dan berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang buruk terhadap ekosistem hidupan persekitaran yang lain di samping meningkatkan kerintangan daya hidup kumbang perosak terhadap racun. Oleh itu, racun yang bersifat lebih organik atau dipanggil biopestisid yang berada di pasaran Malaysia dan hasil daripada pengekstrakan tumbuhan telah diperkenalkan bagi menangani dan mengimbangi penggunaan racun perosak sintetik sedia ada. Biopestisid umumnya adalah lebih selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap manusia atau hidupan yang lain.

Teks penuh(993KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.