Kaedah pengeringan tongkol jagung bijian untuk pengeluaran biji benih

Category: Bil. 37

Rosalizan Md Saleh, Syazrul Iqmal Jalani, Muhammad Najib Othman Ghani, Faizah Salvana Abd Rahman, Zaulia Othman dan Rozlaily Zainol

Ringkasan
Jagung bijian adalah salah satu tanaman bijian yang penting dan merupakan komponen utama dalam formulasi makanan ternakan. Jagung bijian yang dituai biasanya akan melalui proses pengeringan sebelum diproses menjadi produk atau untuk pengeluaran biji benih. Oleh itu, pengeluaran benih secara berterusan diperlukan untuk menampung keperluan penanaman jagung bijian secara komersial untuk pengeluaran makanan ternakan. Sehubungan itu, kajian ini telah dilaksanakan untuk menilai kesan strategi pengeringan yang berbeza bagi tongkol jagung bijian ke atas kadar percambahan biji benih agar satu protokol pengeringan yang sesuai dapat dibangunkan untuk memaksimumkan pengeluaran biji benih pada masa akan datang. Tongkol jagung yang dituai telah dikeringkan dengan pelbagai strategi pengeringan yang berbeza menggunakan rumah solar dan juga oven pada suhu 40 ? dan 50 ?. Keputusan kajian mendapati kombinasi teknik pengeringan menggunakan rumah solar dan oven pada suhu rendah 40 ? adalah disyorkan kerana tempoh pengeringan yang lebih pendek iaitu lebih kurang 10 hari (241 jam) dengan peningkatan peratus percambahan biji benih daripada 98% sehingga 98.5% dan sekali gus dapat meningkatkan produktiviti dan menggalakkan penanaman jagung bijian secara komersial.

Teks penuh(295KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.