Penyaringan aktiviti antimikrob sabut dan tempurung kelapa MATAG

Category: Bil. 37

Mohd Effendi Mohamed Nor, Norma Hussin, Muhammad Faidhi Towhid dan Asraf Hadi Abu Samah

Ringkasan
Aktiviti kajian ini bertujuan menentukan aktiviti antimikrob sabut dan tempurung kelapa. Sabut dan tempurung daripada kelapa hibrid MATAG telah dikumpul, dikeringkan di bawah cahaya matahari dan diekstrak menggunakan tiga jenis pelarut berbeza iaitu aseton, etanol dan metanol. Aktiviti antimikrob ekstrak sabut dan tempurung ditentukan menggunakan kaedah resapan cakera terhadap lima jenis bakteria patogenik iaitu Bacillus cereus, Cronobacter sakazakii, Enterobacter aerugenes, Listeria innocua dan Staphylococcus aureus. Keputusan analisis yang diperoleh menunjukkan ekstrak sabut dan tempurung kelapa MATAG mempunyai potensi aktiviti antimikrob terhadap semua strain patogen yang diuji dengan julat saiz zon perencatan pertumbuhan bermula daripada 7.75 – 11.25 mm untuk ekstrak tempurung dan 9.25 – 17.00 mm untuk ekstrak sabut. Penggunaan pelarut yang berbeza dalam pengekstrakan mempengaruhi aktiviti antimikrob ekstrak sabut dan tempurung terhadap patogen tertentu. Aktiviti antimikrob tertinggi diperhatikan dalam ekstrak etanol sabut terhadap S. aureus, manakala aktiviti paling rendah adalah terhadap C. sakazakii dalam ekstrak etanol tempurung. Ekstrak metanol dan aseton untuk kedua-dua tempurung dan sabut mempamerkan kepekatan perencatan minimum yang lebih rendah berbanding dengan ekstrak etanol. Dengan hasil kajian ini, diharapkan sabut dan tempurung kelapa dapat dikaji dengan lebih mendalam dan diproses menjadi agen antimikrob yang berpotensi.

Teks penuh(1.15MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.