Pembangunan sistem kebolehkesanan perakuan kualiti benih padi

Category: Bil. 38

Saiful Azwan Azizan, Masniza Sairi, Mohd Hafiz Mohd Yusof, Azzami Adam Muhamad Mujab, Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Asnawi Shahar, Wan Mohd Fariz Wan Azman, Nuraini Ahmad Ariff Shah, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Mohd Azrenizal Karim, Muhamad Qarari Ridzwan, Muhammad Syakir A Ghani, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Mohd Azmirredzuan Sani dan Ahmad Fadhlul Wafiq Ab Rahman

Ringkasan
Pengeluaran benih padi di Malaysia dikawal selia melalui Skim Pengesahan Benih Padi (SPBP) untuk memastikan varieti benih padi tulen dan berkualiti. Melalui skim ini, benih padi dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu benih padi asas, benih padi daftar dan benih padi sah dengan warna label perakuan kualiti yang berbeza. Untuk memastikan pengeluaran lebih telus dan kualiti benih padi yang dihasilkan tinggi, perlu ada penambahbaikan dalam kaedah pengurusan stok serta proses dokumentasi pemprosesan yang menggunakan kaedah manual. Tambahan pula, kaedah kebolehkesanan kualiti benih padi juga perlu ditambah baik agar maklumat terperinci tentang pengeluar benih padi, varieti benih padi dan maklumat lain dapat diakses melalui label perakuan kualiti. MARDI telah membangunkan teknologi sistem kebolehkesanan perakuan kualiti benih padi yang mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem pengurusan stok digital, sistem penjanaan nota serahan dan sistem penjanaan label perakuan kualiti benih padi berkod QR. Teknologi ini telah diguna pakai dalam pengeluaran benih padi asas dan akan dikembangkan untuk pengeluaran benih padi daftar dan sah di seluruh negara. Dengan mengaplikasikan teknologi ini dalam pengeluaran benih padi, pengurusan stok keluar masuk dapat dijalankan secara digital, lebih sistematik dan telus. Ia juga dapat meningkatkan keselamatan pengedaran benih padi di pasaran serta dapat membantu pesawah mendapatkan maklumat-maklumat penting mengenai benih padi yang dibeli dengan hanya dihujung jari.

Teks penuh(1.91MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.