Morfologi debunga dan proses pendebungaan titisan induk sitoplasma mandul jantan dan induk penyenggara padi hibrid tempatan

Category: Bil. 38

Shahida Hashim, Phebe Ding, Asfaliza Ramli dan Elixon Sunian

Ringkasan
Padi hibrid merupakan tanaman padi komersial yang ditanam daripada benih generasi pertama hasil kacukan dua induk yang mempunyai ciri genetik berbeza. Padi hibrid yang dibangunkan di China sedang diguna pakai di tempat lain dan telah terbukti selama bertahun-tahun di mana padi hibrid merekodkan peningkatan hasil melebihi 20% berbanding dengan varieti padi inbred. Teknologi pengeluaran benih padi hibrid adalah berbeza sekali dengan pengeluaran benih padi inbred di mana sistem sitoplasma mandul jantan (CMS) telah digunakan secara meluas. Dalam sistem ini, biji debunga CMS bersifat mandul digunakan. Oleh itu, biji debunga subur yang dilepaskan oleh anter induk penyenggara digunakan untuk menghasilkan benih CMS melalui kejadian kacuk-silang atau pendebungaan silang. Kefahaman tentang sifat morfologi biji debunga dan proses pendebungaan antara titisan induk adalah penting dan maklumat ini dijelaskan dalam artikel ini untuk rujukan pada masa hadapan.

Teks penuh(2.44MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.