Penghasilan telur berkolesterol rendah melalui rawatan beras yis merah

Category: Bil. 38

Yong Su Ting, Tan Hui Yin, Noraini Samat dan Wong Hee Kum

Ringkasan
Pengambilan telur sering kali dikaitkan dengan peningkatan kandungan kolesterol dalam badan manusia. Walau bagaimanapun, telur merupakan sumber protein, vitamin dan mineral yang penting. Penambahan beras yis merah (RYR) dalam makanan ayam penelur dapat merendahkan kolesterol dalam telur. Ini kerana RYR mengandungi bahan bioaktif yang dipanggil monacolin K yang berperanan merencatkan penghasilan kolestrol. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan tambahan RYR pada aras yang berbeza dalam makanan ayam penelur terhadap kandungan kolesterol dalam telur, kualiti telur, kolesterol, trigliserida dan profil enzim dalam plasma ayam penelur serta prestasi peneluran ayam selama enam minggu. Pemberian 0.8% RYR kepada ayam penelur dapat merendahkan kandungan kolesterol telur dengan pengurangan 11.16% pada minggu ketiga dan 10.17% pada minggu keenam. Kualiti telur juga tidak terjejas oleh suplemen RYR dalam diet ayam penelur. Jumlah kolesterol dan trigliserida dalam plasma ayam penelur adalah lebih rendah dalam kumpulan tambahan RYR 0.8% dan 1.6% berbanding kumpulan yang tiada suplemen RYR dalam makanan. Suplemen RYR tidak memberi kesan negatif terhadap tahap enzim plasma dan prestasi peneluran ayam. Ini menunjukkan RYR boleh digunakan sebagai bahan tambahan makanan dalam diet ayam penelur untuk menghasilkan telur yang mempunyai kolesterol yang rendah. Walau bagaimanapun, disebabkan kualiti RYR sangat berbeza di pasaran, kandungan monacolin K dan citrinin dalam RYR perlu dianalisis dahulu sebelum digunakan.

Teks penuh(1.15MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.