Pengeringan jagung bijian menggunakan alat pengering mudah alih

Category: Bil. 38

Zainun Mohd Shafie, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Saiful Azwan Azizan, Hasmin Hakim Hasbullah, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Muhammad Aliq Jamaluddin, Mohd Azmirredzuan Sani, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Ahmad Fadhlul Wafiq Ab Rahman, Sha’fie Alwi dan Amir Redzuan Shamsulkamal

Ringkasan
Pengeluaran jagung bijian merupakan sektor yang agak baru di Malaysia. Salah satu operasi penting dalam pengeluaran jagung bijian adalah pengeringan. Jagung bijian yang baru dituai mengandungi kandungan kelembapan yang agak tinggi antara 25 – 30% dan ini akan menjadikannya mudah rosak jika tidak dikeringkan dengan segera. Alat pengering yang sering digunakan untuk pengeringan jagung bijian adalah jenis mudah alih. Operasi pengeringan memerlukan penggunaan bahan api yang besar. Kos bahan api boleh meningkat jika alat pengering tidak beroperasi dalam keadaan optimum. Sehubungan itu, pengoptimuman proses pengeringan adalah disyorkan untuk mengurangkan kos operasi. Daripada kajian yang dijalankan menunjukkan, jika jagung bijian yang diletakkan dalam alat pengeringan kurang daripada kapasiti alat yang digunakan boleh menyebabkan masa pengeringan yang lebih panjang dan seterusnya meningkatkan penggunaan diesel. Salah satu cara untuk mengurangkan kos bahan api adalah menggunakan biojisim seperti pelet sekam padi. Penggunaan pelet sekam padi didapati dapat mengurangkan kos bahan api lebih kurang 20% berbanding dengan penggunaan diesel sebagai sumber bahan api.

Teks penuh(994KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.