Pengujian dan penilaian prestasi sistem pengering jenis kebuk condong (inclined bed dryer) untuk pengeringan benih padi

Category: Bil. 38

Afiqah Aina Rahim, Amir Syariffuddeen Mhd Adnan, Ishak Hj Hashim, Shafie Alwi, Mohd Zaimi Zainol Abidin, Mohd Hafiz Mohd Amin Tawakkal, Muhammad Aliq Jamaluddin, Ahmad Fadhlul Wafiq Ab Rahman, Amir Redzuan Shamsulkamal, Zainun Mohd Shafie, Sharifah Hafiza Mohd Ramli, Nuraini Ahmad Ariff Shah, Mohd Hafiz Mohd Yusoff, Teoh Chin Chuang dan Masniza Sairi

Ringkasan
Pengeringan benih padi perlu dijalankan sejurus selepas dituai bagi mengekalkan kualiti benih dan mengelakkan pertumbuhan kulat. Sistem pengering jenis kebuk condong (inclined bed dryer) berkapasiti rendah yang terletak di MARDI Parit, Perak telah diuji dan dinilai prestasi sebenar sistem. Pengeringan dijalankan menggunakan 5 tan metrik benih padi varieti MR 297 yang didapati dari plot pengeluaran benih asas MARDI Parit. Parameter pengeringan seperti kadar pengeringan, profil pengeringan dan kadar penggunaan diesel telah diukur dan dianalisis. Benih padi dengan purata kelembapan awal pada 31.5% telah dikeringkan sehingga mencapai purata kelembapan akhir sekitar 12.2% selama 10 – 12 jam. Purata kadar pengeringan yang dicatatkan adalah sebanyak 1.86% MC/jam, manakala kadar penggunaan diesel ialah 12.5 L/jam. Berdasarkan data tersebut, sistem IBD ini didapati berupaya untuk mengeringkan benih padi pada kapasiti penuh seperti sistem sedia ada.

Teks penuh(652KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.