Kepelbagaian baharu, kaedah pembiakan ex vitro dan penghasilan hibrid tumbuhan periuk kera natif di Semenanjung Malaysia

Category: Bil. 38

Amin Asyraf Tamizi, Noriha Mat Amin, Mohamed Hafeifi Basir, Sakinah Idris dan Muhammad Alif Adnan

Ringkasan
Terdapat lebih daripada 170 spesies Nepenthes direkodkan di seluruh kawasan tropika Dunia Lama dan Kepulauan Melayu dikenali sebagai titik panas biodiversiti bagi tumbuhan karnivor periuk kera. Mengikut perkembangan terkini, 20 spesies dan 17 nothospesies (hibrid semula jadi) Nepenthes boleh ditemukan di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, MARDI telah menamakan dan menghuraikan empat spesies (Nepenthes domei, N. latiffiana, N. malayensis dan N. pesonawangsa) dan satu nothospesies (N. ×setiuensis). Tumbuhan periuk kera dijadikan subjek dalam penyelidikan, diniagakan sebagai tanaman hiasan dan mempunyai kegunaan dalam masakan serta perubatan tradisional. Pengutipan periuk kera secara haram dan aktiviti kecurian sumber biologi (biopiracy) pula telah memberi tekanan terhadap khazanah berharga ini. Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan periuk kera di negara kita masih pada tahap awal, namun, beberapa inisiatif telah pun diambil. Selain membuat penemuan baharu dan mendokumentasi takson-takson Nepenthes di Semenanjung Malaysia, MARDI telah berjaya mengaplikasikan kaedah pembiakan ex vitro melalui keratan pucuk untuk menghasilkan klon bagi semua spesies tempatan tanah rendah dan juga satu nothospesies terancam. Tambahan kepada ini, kejayaan menjana beberapa hibrid buatan menggunakan spesies-spesies tempatan, N. mirabilis × (×trichocarpa) dan N. mirabilis × albomarginata, telah membuka potensi baharu dalam penghasilan baka baharu Nepenthes.

Teks penuh(4.72MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.