Pendekatan kejuruteraan ekologi melalui strategi penolakan-penarikan bagi pengurusan perosak kearah peningkatan hasil kubis organik tanah tinggi

Category: Bil. 38

Azlan Azizi Muhamad Nor, Saiful Zaimi Jamil, Muhammad Nawal Ramli, Mohd Fuad Mohd Nor, Ahmad Norhisyam Abdullah dan Nur Liyana Iskandar

Ringkasan
Tanaman kubis bulat (Brassica oleracea var. capitata) yang berasal daripada keluarga Cruciferae merupakan salah satu sayuran yang penting terutamanya di kawasan yang beriklim rendah. Serangan perosak tanaman kubis yang utama seperti Plutella xylostella L., Hellula undalis, Spodoptera litura dan Crocidolomia merupakan ancaman terbesar kepada pengeluaran hasil tanaman ini di Malaysia. Pendekatan mesra alam melalui kaedah kejuruteraan ekologi merupakan satu alternatif yang boleh diguna pakai dalam menguruskan perosak tanaman ini. Kejuruteraan ekologi melalui pendekatan strategi penolakan-penarikan menunjukkan hasil yang memberangsangkan bagi pengurusan perosak tanaman kubis organik serta secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil berat tanaman dengan pemilihan reka bentuk yang tepat. Penggunaan tanaman bawang yang diintegrasikan bersama tanaman kubis direkodkan mempunyai serangan perosak yang paling rendah dan memberikan hasil yang paling tinggi. Pendekatan ini juga boleh diguna pakai dalam penanaman kubis bukan organik bagi mengurangan penggunaan input racun kimia sintetik serta penghasilan produk makanan yang sihat dan berkualiti tinggi.

Teks penuh(1.58MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.