Kaedah perataan tanah sawah berasaskan sistem satelit navigasi sejagat (GNSS)

Category: Bil. 38

Mohamad Fakhrul Zaman Omar, Mohammad Aufa Mhd Bookeri, Mohd Zamri Khairi Abdullah, Wan Mohd Syafiq Wan Harun, Badril Abu Bakar, Mohd Taufik Ahmad dan Ramlan Ismail

Ringkasan
Aktiviti perataan tanah merupakan salah satu daripada kerja penyediaan tanah bagi penanaman padi. Aktiviti ini sangat penting bagi mendapatkan kesesuaian penapakan dan pertumbuhan padi sepanjang tempoh penanaman, segali gus menjamin pengeluaran hasil padi yang tinggi. Kaedah penentuan keserataan tanah sedia ada diamalkan oleh petani adalah menggunakan mata kasar dan sistem laser. Manakala peralatan bagi melaksanakan aktiviti perataan tanah adalah back pusher bucket atau scraper. Namun, penggunaan kaedah mata kasar dan back pusher bucket memberikan kualiti perataan yang kurang memuaskan berbanding dengan penggunaan sistem laser dan scraper. Selain itu, kerja perataan tanah menggunakan sistem laser mengambil masa lebih lama kerana aktiviti penentuan keserataan tanah perlu dilaksanakan secara manual. Oleh itu, MARDI telah memperkenalkan kaedah perataan tanah automatik menggunakan sistem GNSS bagi menentukan keserataan tanah dan kerja perataan menggunakan alat perata tanah automatik. Sistem ini mampu mencerap data, seterusnya menjana peta keserataan dan rawatan tanah secara automatik bagi kerja perataan tanah. Manakala proses potong dan timbus bagi aktiviti perataan tanah menggunakan alat perata tanah secara automatik berpandukan peta rawatan yang telah dijana. Oleh itu, dengan penggunaan kaedah dan sistem ini mampu menghasilkan perataan tanah yang lebih tepat dan jimat masa berbanding dengan kaedah sedia ada.

Teks penuh(909KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.