Kajian daya tindakan semasa proses pengupasan kulit buah tembikai

Category: Bil. 38

Wan Mohd Fariz Wan Azman, Asnawi Shahar, Saiful Azwan Azizan, Afiqah Aina Rahim, Masniza Sairi dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Kulit tembikai adalah bahagian paling keras daripada keseluruhan struktur buah yang akan dikupas untuk tujuan pemprosesan. Kajian telah dijalankan untuk menentukan sifat fizikal dan mekanikal kulit tembikai bagi memberi rujukan parameter proses mengupasan. Ujian fizikal ke atas buah tembikai telah dijalankan untuk menentukan berat dan ketebalan kulit pada kedudukan yang berbeza. Ujian daya rapuh ke atas kulit tembikai telah dijalankan pada sudut penembusan yang berbeza (0.0°, 22.5°, 45.0°, 67.6°) untuk menentukan daya tindakan pada bilah pemotong. Ketebalan kulit yang telah direkodkan ialah 1.46 ± 0.27 cm (p <0.01). Hasil kajian menunjukkan saiz tembikai mempengaruhi ketebalan kulit dan ketebalan kulit mempunyai taburan rawak pada kedudukan kulit yang berbeza (p >0.01). Sementara itu, arah sudut penembusan secara signifikan mempengaruhi nilai daya bertindak yang diperoleh (p <0.01) dan berkadar terus dengan peningkatan sudut penembusan yang berjulat antara 21.48 N hingga 24.25 N.

Teks penuh(620KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.