Prestasi pengilangan yang cekap meningkatkan perolehan beras kepala

Category: Bil. 38

Hanisa Hosni dan Wahid Said

Ringkasan
Satu projek nasional di bawah National Key Economic Area (NKEA), Entry Point Project No. 9 (EPP9), yang kini dinamakan sebagai Projek Pemacu Pertanian No. 9 (PPP9) dengan tajuk ‘Pengenalan Varieti Padi Wangi di Kawasan Luar Jelapang’ telah diwujudkan untuk melaksanakan pengeluaran padi wangi tempatan di kawasan luar jelapang bagi tujuan mengurangkan import beras wangi. Pengeluaran padi wangi memerlukan kilang pemprosesan yang khusus bagi mengelakkan percampuran dengan beras putih biasa, sekali gus memastikan kualiti beras wangi yang dihasilkan terjamin. Sehubungan itu, Kilang Padi Wangi di MARDI Jeram Pasu, Kelantan pada skala komersial telah dibina untuk memproses padi wangi yang ditanam di Kelantan dan negeri-negeri berhampiran. Pengilangan komersial terdiri daripada pelbagai alat dengan fungsi-fungsi spesifik yang disusun mengikut aturan tertentu bagi menghasilkan beras berkualiti. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada hasil pengilangan yang baik iaitu bahan mentah (padi kering) yang berkualiti, peralatan yang cekap dan operator kilang yang berkemahiran. Secara kesimpulannya, Kilang Padi Wangi di MARDI Jeram Pasu, Kelantan boleh beroperasi dengan baik, namun dengan beberapa penambahbaikan dan pelarasan ke atas alatan tertentu sebagaimana pengesyoran.

Teks penuh(724KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.