Teknik baharu pengendalian lepas tuai nangka J33 (Tekam Yellow) menggunakan penyimpanan suhu sejuk suboptimal

Category: Bil. 38

Joanna Cho Lee Ying, Siti Aisyah Abdullah, Suhana Yusof dan Suhana Safari

Ringkasan
Teknik baharu pengendalian lepas tuai nangka J33 (Tekam Yellow) menggunakan penyimpanan suhu sejuk suboptimal merupakan pendekatan baharu untuk memanjangkan jangka hayat buah nangka dengan aruhan pemasakan dan penyimpanan pada suhu suboptimum serendah 2 °C. Jangka hayat penyimpanan buah nangka teraruh masak boleh disimpan selama 3 minggu dengan kejadian reput pada kulit buah kurang daripada 10% dan °Brix kemanisan isi buah kekal pada 22 ± 2% sepanjang penyimpanan. Dengan kaedah penyimpanan buah yang diaruh masak dan sedia untuk dimakan, tempoh hayat penyimpanan nangka J33 boleh dilanjutkan sehingga tiga minggu. Selain itu, teknik suhu rendah pada 2 °C ini juga sesuai digunakan sebagai rawatan kuarantin bagi serangga perosak seperti lalat buah (B. dorsalis) bagi akses pasaran eksport buah nangka untuk negara pengimport yang memerlukan.

Teks penuh(2.41MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.