Kajian pencahayaan tanaman dengan penggunaan pemantul cahaya lampu Light Emitting Diode (LED) di dalam kilang tanaman

Category: Bil. 38

Khairul Anuar Shafie, Mohammad Abid Ahmad, Muhamad Syahiran Afieff Azman, Muhammad Shukri Hassan, Mohamad Saiful Nizam Azmi dan Mohd Daniel Hazeq Abdul Rashid

Ringkasan
Sistem tanaman hidroponik di dalam struktur persekitaran terkawal memerlukan bantuan pencahayaan kerana tiada sumber cahaya bagi pertumbuhan tanaman terutama di dalam kilang tanaman. Lampu LED hortikultur yang telah dihasilkan formulasi spektrum pencahayaan oleh MARDI digunakan dalam sistem tanaman hidroponik dan berjaya memberikan keputusan yang baik dari segi peningkatan hasil tanaman sayur-sayuran berdaun dan memendekkan tempoh tuaian hasil berbanding dengan sistem tanaman terbuka. Walau bagaimanapun, kos lampu LED yang tinggi menyebabkan kos operasi meningkat sepanjang tempoh penanaman. Kajian penggunaan reflektor dalam sistem pencahayaan tanaman dilakukan bagi mendapatkan kadar pencahayaan yang optimum dengan pengurangan bilangan lampu LED sebanyak 20% bagi setiap rak tanaman. Dua jenis reflektor telah diuji dengan lampu spektrum merah-biru iaitu plat aluminium dan plat keluli dengan salutan warna putih. Lampu LED tanpa reflektor telah dijadikan sebagai kawalan bagi perbandingan di atas. Data PPFD telah diukur bagi ketiga-tiga keadaan lampu LED dan reflektor plat keluli dengan cat putih meningkatkan bacaan PPFD berbanding dengan plat aluminium dan tanpa reflektor. Hasil pengujian data pencahayan di luar rak menunjukkan cahaya tersisih tersebut tidak mempengaruhi tanaman di rak bersebelahan kerana nilai PPFD yang rendah iaitu di bawah 100 ?mol/m²/s.

Teks penuh(936KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.