Kaedah pengekstrakan kanji dan pencirian kanji ubi keledek VitAto

Category: Bil. 38

Nurul Nabilah Mohd Fiteri, Hasnisa Hashim, Sharina Shamsudin, bNoor Fadilah Mohd Bakri, Noor Ismawaty Nordin, Madzlan Kasran, Mohd Fakhri Hashim, Aida Mohamad dan Aishah Mohd Ramli

Ringkasan
Kajian pengekstrakan kanji daripada ubi keledek varieti VitAto menggunakan tiga jenis peralatan pengisar berbeza dijalankan bagi mendapatkan hasil kanji yang tertinggi. Penggunaan pengisar mesh collider menghasilkan kanji yang lebih tinggi secara signifikan (10.98%) berbanding dengan penggunaan bowl chopper (9.02%) dan coconut grinder (7.16%). Analisis penentuan jumlah kandungan kanji menunjukkan VitAto mengandungi 11.66% kanji. Oleh itu, daripada pengiraan perolehan semula kanji (starch recovery) menunjukkan penggunaan mesh collider memberikan hasil perolehan semula kanji yang paling tinggi iaitu 94.20% (p <0.05) diikuti dengan bowl chopper (77.35%) dan coconut grinder (61.39%). Pencirian fizikal dan kimia kanji VitAto juga dilaksanakan di mana komposisi proksimat, kandungan amilosa, aktiviti air, indeks penyerapan air, indeks keterlarutan air dan swelling power ditentukan. Data pencirian fizikal dan kimia kanji VitAto ini boleh digunakan dalam mengkaji potensi kegunaan kanji VitAto dalam industri makanan/polimer.

Teks penuh(1.49MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.