Penghasilan serbuk daun kubis bunga tanah rendah dan aplikasinya dalam produk mi

Category: Bil. 39

Tun Norbrillinda Mokhtar, Mohamad Helmi Mohd Arshad, Norfadzilah Ahmad Fadzil dan Rahayu Anang

Ringkasan
Umum mengetahui bahawa tanaman kubis bunga merupakan tanaman tanah tinggi. Namun pada tahun 2020, MARDI telah berjaya melancarkan Teknologi Kubis Bunga Tanah Rendah sekali gus membuktikan bahawa tanaman ini boleh ditanam pada suhu tinggi. Sebagaimana tanaman kubis bunga di tanah tinggi, kubis bunga tanah rendah turut menghasilkan lambakan daun setiap kali dituai. Oleh yang demikian, satu inisiatif telah diambil bagi melihat potensi daun kubis bunga tanah rendah dalam pembangunan produk makanan. Penghasilan serbuk daun kubis bunga dilihat berpotensi mengatasi masalah lambakan daun kubis bunga tanah rendah. Hasil kajian nilai pemakanan menunjukkan serbuk ini berpotensi menjadi sumber serat dan protein yang baik. Selain mudah digunakan dalam pelbagai produk makanan lain, ia juga mudah disimpan dan dikendalikan. Maklumat yang diperoleh ini secara tidak langsung dapat memberi manfaat kepada petani yang terlibat dengan penanaman kubis bunga tanah rendah dan usahawan produk makanan terutamanya produk makanan kesihatan.

Teks penuh (1.21MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.