Analisis aktiviti antioksidan dan komposisi mineral daripada beras berpigmen dan yang tidak berpigmen

Category: Bil. 39

Sew Yun Shin, Muhamad Ridzuan Abd Rashid dan Muhamad Aizuddin Ahmad

Ringkasan
Kajian ini dijalankan untuk menilai aktiviti antioksidan, komposisi unsur makro dan mikro bagi enam varieti padi tempatan yang berbeza yang terdiri daripada beras berpigmen dan tidak berpigmen. Varieti ini dikenali sebagai PH9 dan BALI (beras hitam), MRM16 dan MRQ100 (beras merah), MRQ76 dan MR297 (beras putih). Bagi setiap varieti beras, jumlah kandungan polifenol mereka ditentukan oleh kaedah TPC dan aktiviti antioksidan dinilai menggunakan ujian aktiviti penghapus radikal bebas (DPPH) dan penurunan ion ferik (FRAP). Kandungan unsur mineral seperti kalium, fosforus, natrium, kalsium, magnesium, mangan, besi, zink, molibdenum dan selenium ditentukan dengan menggunakan spektrometri jisim plasma gandingan induktif (ICP-MS) dan spektrometri pelepasan optik plasma gandingan induktif (ICP-OES). Purata jumlah kandungan fenolik (TPC) didapati paling tinggi dalam PH9, diikuti oleh BALI, MRQ100, MRM16, MR297 dan MRQ76. Begitu juga dengan varieti padi berpigmen (PH9, BALI, MRQ100 dan MRM16) menunjukkan aktiviti antioksida yang lebih tinggi berbanding varieti padi tidak berpigmen (MR297 dan MRQ76). Antara 6 varieti padi yang diuji, BALl mempunyai kandungan P, K, Na, Zn dan Mo yang paling tinggi. Secara keseluruhannya, kajian ini menyediakan maklumat berguna berkaitan potensi antioksidan yang menggalakkan kesihatan, unsur makro dan mikro varieti padi tempatan untuk prospek masa depan dalam pembaikbakaan padi.

Teks penuh (443KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.