Pakej teknologi mekanisasi ladang pengeluaran tembikai

Category: Bil. 39

Rohazrin Abdul Rani, Anuar Abdullah, Hafidha Azmon, Muhamad Fakhrul Zaman Omar, Eddy Herman Sharu, Mohd Nadzim Nordin, Wan Mohd Aznan Wan Ahamad, Norzalila Kasron dan Teoh Chin Chuang

Ringkasan
Tembikai merupakan antara buah-buahan utama untuk pasaran eksport Malaysia. Negeri utama pengeluaran tembikai di Malaysia ialah Kelantan, Terengganu dan Johor. Terdapat lebih kurang 8,848 hektar kawasan penanaman tembikai di Malaysia. Pengeluaran tembikai berhadapan dengan masalah kekurangan tenaga kerja dan isu ketidakcekapan penggunaan input pertanian seperti baja dan racun kepada tanaman. Teknologi mekanisasi adalah antara penyelesaian yang terbaik kepada permasalahan dan isu ini. MARDI telah membangunkan dan menyediakan satu pakej teknologi mekanisasi ladang pengeluaran tembikai yang merupakan gabungan teknologi mekanisasi sedia ada di pasaran dan yang baharu. Teknologi tersebut merupakan mekanisasi untuk penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, penuaian dan pengurusan sisa tanaman. Semua teknologi tersebut telah diuji dan dinilai secara keseluruhan bagi operasi ladang pengeluaran tembikai. Penggunaan teknologi mekanisasi bukan sahaja boleh mengurangkan penggunaan buruh malah boleh mempercepatkan operasi ladang pengeluaran tembikai. Selain itu, penggunaan mekanisasi dengan prosedur yang betul boleh mengurangkan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan input yang berlebihan. Penggunaan mekanisasi ladang dalam operasi pengeluaran tembikai telah membuka peluang kepada peningkatan dan perluasan pengeluaran yang kini berhadapan dengan permasalahan buruh dan kos pengeluaran yang tinggi. Ini akan menjamin kepada pengeluaran tembikai tempatan berterusan dan bekalan yang stabil di pasaran.

Teks penuh (2.44MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.