Parameter kualiti madu kelulut bagi pembangunan MS 2683:2017

Category: Bil. 39

Norra Ismail, Arif Zaidi Jusoh, Suri Roowi, Wan Iryani Wan Ismail, Nor Fadhilah Sapiee dan Nur Intan Farina Sawal

Ringkasan
Bagi menangani masalah madu kelulut palsu yang berleluasa di pasaran, MARDI dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), serta kerjasama daripada Jabatan Standard Malaysia, SIRIM, universiti-universiti tempatan, persatuan-persatuan dan penternak kelulut Malaysia telah berjaya membangunkan standard madu kelulut yang dikenali sebagai MS 2683:2017- Kelulut (stingless bee) honey - Specification. Selain dijadikan sebagai penanda aras dalam pengeluaran madu kelulut asli, piawaian ini dapat memastikan keselamatan dan kualiti madu kelulut yang dikeluarkan oleh pengusaha madu kelulut di Malaysia. Ia juga boleh digunakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan sebagai rujukan jika terdapat penipuan (adulteration) dan pemalsuan madu kelulut. Kandungan air, abu, profil gula, nilai pH dan kandungan HMF merupakan lima parameter utama dalam penentuan kualiti madu kelulut. Pewujudan piawaian madu kelulut ini diharap dapat meningkatkan keyakinan pengguna terhadap madu kelulut tempatan.

Teks penuh (2.36MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.