Pengoptimuman penggunaan asid amino dalam pemakanan ikan

Category: Bil. 39

Mardhati Mohammad dan Farahiyah Ilyana Jamaludin

Ringkasan
Asid amino merupakan komponen terpenting protein bagi menyokong pertumbuhan dan kesihatan ikan, meningkatkan kecekapan makanan serta menghasilkan produk ikan berkualiti tinggi untuk kegunaan manusia. Walau bagaimanapun, kandungan asid amino, terutama kadar penghadamannya dalam sesetengah bahan mentah tidak diketahui. Oleh itu, makanan ikan sering diformulasi dengan protein berlebihan bagi memastikan keperluan asid amino minimum ikan dipenuhi. Ini menyebabkan lebihan protein yang tidak dihadam oleh ikan dibebaskan ke dalam air. Nitrogen sebagai komponen protein yang dikumuhkan oleh ikan menghasilkan ammonia dan menyebabkan pencemaran air. Oleh itu, konsep pemformulasian makanan ikan menggunakan nilai penghadaman bahan mentah diperkenalkan bagi mengatasi masalah lebihan protein dibekalkan kepada ikan. Melalui konsep ini, makanan diformulasi dengan mengambil kira jumlah asid amino yang diperlukan oleh ikan. Kajian MARDI menunjukkan penggunaan konsep ini dalam pemakanan ikan berjaya menurunkan aras ammonia dalam air tanpa menjejaskan prestasi ikan tilapia. Ini menunjukkan konsep ini boleh digunakan dalam penternakan ikan bagi mengatasi masalah lebihan protein yang juga merupakan pembaziran kos kepada penternak.

Teks penuh (167KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.