Teknologi pembaikbakaan nangka: Kaedah penghibridan melalui pendebungaan berbantu

Category: Bil. 39

Noor Baiti Abdul Aziz, Maimun Tahir, Rozlaily Zainol, Nor Hazlina Mat Sa’at dan Mohamad Zaki Razali

Ringkasan
Nangka adalah salah satu komoditi utama buah-buahan di Malaysia dan kini berjaya menembusi pasaran eksport ke China selain nanas dan durian. Ekoran perkembangan pasaran eksport semasa, penghasilan varieti baharu nangka yang berhasil tinggi, berkualiti dan rintang penyakit dijangka akan dapat memberi pilihan kepada industri nangka negara. Hasrat ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 1.0 dan 2.0. Nangka merupakan tanaman poliploidi yang berpotensi menghasilkan kepelbagaian genetik melalui pendekatan hibridisasi. Penemuan hibrid baharu juga dapat diperoleh melalui kaedah penghibridan iaitu melalui aktiviti kacuk silang berbantu antara dua klon induk berbeza secara terarah dan terkawal. Prosedur penghibridan ke atas tanaman nangka bagi tujuan penghasilan hibrid baharu ini telah dikaji, dikenal pasti dan dicadangkan sebagai salah satu protokol penting yang harus dipatuhi dalam program pembaikbakaan nangka.

Teks penuh (1.46MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.