Pembangunan dashboard bagi modul pelaporan INTEAM 2.0

Category: Bil. 39

Elmaliana Albahari, Aida Al-Quswa Mohamad Ali, Mohd Shafiq Azizan, Noor Marziah Mat Zain dan Normawati Asmuni

Ringkasan
Dashboard Pelaporan INTEAM 2.0 fasa 1 ini merupakan satu dashboard yang dibangunkan bagi menyelesaikan isu menjana laporan yang tepat daripada sistem INTEAM 2.0. Modul laporan ini merupakan yang pertama dibangunkan bagi menjana laporan dengan merangkumi lapan kategori laporan yang telah dikenal pasti. Visualisasi Pelaporan INTEAM 2.0 ini dibangunkan berdasarkan kategori data yang telah lengkap dan mempunyai fungsi menapis data yang berguna kepada pengguna. Penapisan data mengikut kategori tapisan yang ditetapkan memudahkan pengguna membuat carian data dan mendapatkan paparan visualisasi yang lebih tepat. Pencarian dan penapisan data yang tepat amat berguna kepada pengguna untuk memperoleh laporan berkaitan staf. Oleh itu, dashboard Pelaporan INTEAM 2.0 dibangunkan bagi menyelesaikan isu penjanaan laporan yang tidak tepat dan membuat tapisan data tertentu di dalam pangkalan data INTEAM 2.0.

Teks penuh (936KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.