Susu berperisa pisang dengan campuran puri pisang

Category: Bil. 39

Nur Farah Hani Muhamad, Nur ilida Mohamad, Wan Nur Zahidah Wan Zainon, Adawiyah Akbar, Mohd Fakhri Hashim, Norman Isman dan Rahimah Mohd Zaki

Ringkasan
Susu berperisa merupakan minuman berasaskan susu yang popular di seluruh dunia. Susu berperisa pisang dibangunkan dengan penambahan puri pisang bagi menghasilkan produk yang lebih berkhasiat. Bagi memanjangkan tempoh hayat penyimpanan, susu berperisa pisang ini perlu disteril secara retort kerana mempunyai pH yang tinggi (pH >4.6). Penambahan bahan pengemulsi dan bahan penstabil serta proses penghomogenan adalah penting bagi mendapatkan tekstur susu berperisa pisang yang tidak berketul setelah diretort. Susu berperisa pisang ini adalah stabil dan selamat untuk diminum setelah disimpan selama 24 bulan pada suhu bilik. Susu berperisa pisang yang dibangunkan adalah alternatif kepada susu berperisa yang berada di pasaran.

Teks penuh (587KB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.