Penilaian dan pemilihan varieti strawberi untuk pengeluaran di kilang tanaman (PF)

Category: Bil. 39

Ahmad Hafiz Baharom, Siti Aisyah Abdullah, Suhana Yusof, Suhanna Ahmad, Aimi Athirah Ahmad, Muhamad Abid Ahmad, Munirah Mohamad, Rosniza Kassim dan Zalina Ahmad

Ringkasan
Strawberi merupakan tanaman tanah tinggi yang memerlukan suhu sejuk bagi menghasilkan bunga dan buah. Ketika ini kawasan penanaman strawberi adalah terhad, hanya di Cameron Highlands, Pahang sahaja. Oleh kerana terhadnya kawasan tanah tinggi untuk pengembangan pasaran, Malaysia perlu mengimport strawberi bagi menampung permintaan tempatan. Sistem kilang tanaman (PF) adalah salah satu alternatif di mana strawberi boleh ditanam di luar kawasan tanah tinggi. Strawberi mempunyai potensi untuk pengeluaran dalam PF kerana morfologi tumbuhan serta tanaman bernilai tinggi. Berdasarkan penilaian dan pemilihan, dua varieti yang berpotensi telah dikenal pasti iaitu MF037 dan MF005. Kedua-dua jenis ini disyorkan kerana mempunyai kualiti yang tinggi dari segi hasil, saiz buah, tinggi nisbah asid:gula dan kebolehdapatan bahan tanaman. Walaupun saiz buah dan hasil tidak setanding dengan yang ditanam di Cameron Highlands, strawberi yang dihasilkan di PF adalah lebih selamat untuk dimakan kerana bebas racun perosak dan dijangka boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Teks penuh (2.78MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.