Rekod tiga dekad pembebasan gas rumah kaca sektor pertanian negara

Category: Bil. 39

Mohd Saufi Bastami, Rozimah Muhammad Rasdi dan Mohd Fairuz Md Suptian

Ringkasan
Pembebasan gas rumah kaca negara dilaporkan melalui Laporan Inventori Green House Gases (GHG) Dwitahunan. Pembebasan gas rumah hijau bagi sektor pertanian negara sepanjang 30 tahun menunjukkan peningkatan berterusan sehingga 39.7% berbanding dengan tahun 1990. Ini adalah kesan peningkatan daripada aktiviti antropogenik dalam sektor pertanian bagi usaha memenuhi keperluan makanan negara untuk menampung bilangan penduduk Malaysia yang semakin meningkat. Julat peningkatan besar disumbangkan oleh pembebasan gas utama iaitu gas karbon dioksida (CO2) dan nitrus oksida (N2O) masing-masing dengan kadar 38.6% dan 97.8%. Sektor pertanian merekodkan pecahan utama pembebasan GHG melalui pembebasan langsung N2O daripada tanah terurus, penanaman padi, pelepasan N2O tidak langsung daripada tanah terurus, fermentasi enterik, pengurusan tinja dan pelepasan N2O tidak langsung daripada pengurusan tinja. Bagaimanapun, pembebasan GHG pertanian sepanjang 30 tahun dipelopori oleh gas N2O dan metana (CH4). Bagi tahun 2019, 55% dan 41% gas dibebaskan ialah gas N2O dan gas CH4. Mengikut unjuran semasa, populasi penduduk Malaysia akan mencapai 41.5 juta dan ini akan merancakkan pengeluaran dan permintaan produk pertanian terutama makanan. Langkah mitigasi dan adaptasi menyeluruh diperlukan bagi mengoptimumkan pengeluaran hasil pertanian dengan pembebasan GHG yang minimum bagi memenuhi kadar sara diri negara (SSR).

Teks penuh (2.54MB)

Download Joomla Free Templates for your success.
Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Program Penerbitan dan Pengurusan Ilmu, Pusat Komunikasi Korporat, Ibu Pejabat MARDI,Persiaran MARDI - UPM,43400 Serdang, Selangor, Malaysia
Telefon: +603- 8953 7203 | Faks: +603- 8953 7232|
Copyright © 2024 e-Buletin Teknologi MARDI. All Rights Reserved.